Make Lemang the skillfull way, Masak Lemang Penuh Skill

Satu perkara yang dapat saya ambil pengajaran dari hari raya ini adalah bagaimana nak buat lemang. Saya selalu makan lemang, tapi tak pernah sekali pun melihat bagaimana proses membuat lemang dari awal sampai akhir. Di kesempatan ini saya ingin menulis dengan panjang lebar bagaimana nak buat lemang, setakat yang saya ingatlah supaya boleh ingat raya tahun depan.

Amat dialu-alukan sesiapa yang ada kat luar sana tu yang lebih tahu untuk membetulkan apa yang saya silap.

  1. Lemang – sediakan/cari buluh lemang dalam 15-16 batang saiz sederhana. basuh bersih dan terbalikkan supaya air keluar. Cari beberapa helai daun pisang, tak kiralah pisang ape pun. ambil daunnya. Ambil sebatang buluh dan potong daun pisang mengikut panjang buluh. Kemudian balut daun pisang itu diluar buluh untuk ambil diameter buluh tersebut. Potong ditengah. Buka balik daun pisang dan bersihkan. Ambil urat daun pisang yang telah dipotong 2 ditengahnya sebagai “chopstick”. Kepit dan gulung daun pisang yang telah dipotong menggunakan urat daun pisang tadi. Pastikan bahagian bawah daun pisang itu adalah disebelah dalam buluh (menyentuh beras pulut). Masukkan perlahan-lahan kedalam buluh. Ulang untuk buluh yang lain. Siap.
  2. Pulut – Bersihkan beras pulut (Jati 10kg) kemudian rendam dalam air kira-kira 1 jam sementara menyediakan buluh dan api. Setelah 1 jam rendaman, toskan air dan boleh dimasuk perlahan-lahan ke dalam buluh berisi daun pisang diatas. Pastikan jangan di hentak buluh tersebut. Cukup dengan goncang perlahan-lahan supaya beras pulut tidak diisi terlalu padat. Tambahkan beras pulut sehingga 5cm dari paras atas buluh. Ulang untuk buluh yang lain. Siap.
  3. Santan – sediakan setengah baldi kecil santan pekat dan bacuh dengan setengah baldi kecil air paip. Kira half-half lah nih. tambahkan garam yang dibancuh air panas secukup rasa. Janganlah masin sangat sebab nak makan dengan rendang yang masin. Masukkan santan kedalam buluh yang berisi beras pulut tadi. Pastikan airnya tidak terlalu banyak dengan kita masih nampak sedikit beras bila sudah dimasukkan santan. Ulang untuk buluh yang lain. Siap.
  4. Api – Hidupkan api sebesar mungkin. Bakar batang kayu rambutan yang besar-besar dalam 3-4 batang dengan api marak. Kita nak ambil bara dari api yang marak tu. Pastikan tiada api yang hidup dekat dengan tempat panggang.
  5. Jaga lemang – Sediakan sebatang besi yang panjang melintang tidak jauh dari api yagn dibakar tadi. sediakan kayu kecil berbentuk Y di kedua2 hujung besi untuk sokongan sejengkal dari tanah. Letakkan lemang yang dah diisi santan itu ditempat besi panjang secara menegak 90′ dari tanah. Kita nak masak bahagian bawah buluh dahulu. Buluh kemudiannya dipusing 90′ dan di rendahkan perlahan-lahan sehingga semua beras pulut tadi masak. Gunakan lidi kelapa yang bersih dan masukkan ke dalam buluh untuk memastikan ianya masak sempurna. Boleh rasa sama ada dah masak (masuk dengan lancar) atau belum (rasa beras berketul2). Buluh masak dalam masa 1 jam hingga 1jam 30 minit mengikut api besar mana. Sebab tu kena buat api besar awal tadi. Api besar, bara pun besar.
  6. Rendang ayam/daging – mintak bini buat. Siap.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s