Hari Raya Ended, Back to work

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memudahkan urusan hambanya yang daif ini. Alhamdulillah juga tiada insiden yang tak diingini sepanjang musim hari raya ini.

Jadual Raya saya penuh! Macam-macam aktiviti yang perlu dibuat sepanjang hari pertama, hari kedua, dan hari ketiga. Seronok jugak la, beraya di kampung orang rumah di Parit Sulong, Batu Pahat. Pagi raya macam biasa siap2 nak pergi sembahyang raya, dalam pukul 8.30 pagi. Imamnya bapa mertua saya. Hairan jugak pagi tu sebab ada kedengaran bunyi motorsikal masuk ke masjid pada masa pertengahan khutbah. Hai, diorang ni tak sembahyang raya gamaknya. Tak pun terlupa kena sembahyang raya dulu kemudian baru dengar khutbah. Yang lagi best ada kedengaran orang ambil air sembahyang bila dah habis khutbah. Takpelah, mungkin nak sembahyang Dhuha agaknya.

Lepas tu terus balik rumah, tapi tak dapat makan sebab nak tunggu Ayah selesai balik dari masjid untuk tahlil ringkas. Aku terus ambil peluang untuk khatam Al-Quran yang tinggal lagi beberapa helai untuk dihabiskan. Raya kedua baru aku dapat habiskan Khatam Al-Quraan tu. Insyallah tahun depan aku nak khatam sebulan Ramadhan takpun separuh Ramadhan dah habis. Takdelah dah Raya pun tak habis2 lagi.

Selepas semua orang dah kumpul2 kat ruang tamu hadapan kami pun ambil gambar ramai2. Selesai ambik gambar, kami bersalam2 salaman dan membagi2 duit raya. Yang seronok budak2 lah, orang tua nya pun seronok la jugak sekejap. Lepas tu terus ke rumah Arwah Nyai untuk tahlil Arwah. Semua anak2 berkumpul di sana. Satu perkara yang menghairankan adalah semua orang tanpa dirancang2 memakai baju warna ungu! cuma dalam shade yang berlainan. Hampir 95% keluarga memakai warna ungu yang hampir sama. Sehati sejiwa agaknya. Kami bersalaman dengan keluarga lain yang datang ke sana. Kecoh jugak suasana sebentar.

Kami kemudian makan beramai2, Hah, nasib baik aku tak makan awal2 kat rumah tadi. kalau tak tengok aje le satey dan lauk-lauk lain yang best tu. Lepas tu terus buat Marathon melawat rumah orang. Ntah rumah siapa yang pergi, rasanya rumah keluarga sebelah ayah mertua saya. Pergh, memang marathon lah, raya rumah orang dalam masa 10-15 minit jer. Masuk, salam, minum, makan kuih, borak, salam, jalan. Memang giler, tapi itulah cara yang terbaik saya kira untuk dapat pergi banyak rumah dalam masa yang singkat. Jauh lebih baik dari tak pergi mana2 langsung.

Lepas lebih kurang pukul 2ptg kitorang pun pakat balik rumah rehat2 dulu sebelum sambung petang. Dah penat menulis ni, aku sambung lain kali lah, bye.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s