Jam G-Shock 1250BD Masuk Air,

Assalamualaikum semua, beberapa hari yang lepas tiba-tiba jam saya BACA LANJUT KLIK SINI ni ntah kenapa ada masa-masa tertentu muka depan dia jadi kabus. Bila saya gosok2 kabus tu hilang. Bila masuk bilik aircond kabus datang balik. Hah, sahlah jam aku ni masuk air. Boleh tahan “Water Resistant” 20 Bar tapi boleh masuk air jugak. Ape ke he nye yop. Tapi bila saya fikir-fikir balik, mungkin sebab ada sekali tu mandi air panas pakai jam. Mungkin air panas tu masuk ke mcam mana ke. Jam ni harganya dah melambung ke RM1200 kat kedai.

Nak dipendekkan cerita, hujung minggu aritu sempat singgah ke G factory Sunway Piramid. Mamat yang jaga kedai tu pun pelik sebab belum pernah ada kes jam Gshock yang masuk air. Dia kata boleh hantar ke kedai tu tapi kena bawak sekali kad guarantee. Lepas tu dia akan hantar balik ke kilang (Macro Corp.) Aku tak bawak kad tu. Jadinya terpaksa balik ke rumah. Hai, nak kena tunggu 2 minggu pulak tu sampai siap reper. Masalah ciput jer.

Aku pun ambik keputusan bukak je sendiri belakang dia. Cari skru driver yang kecik aku pun bukak belakang dia, Wah canggih tak hingat. semuanya besi. patut le mahal. aku tak berani nak usik ape-ape. Usik pun pakai skru driver tu jer. tak usik pun pakai tangan. Lepas tu aku biarkan jam tu kat tempat teduh tapi panas. Ada la dalam 4-5 jam sementara aku tido petang. Cukup masa aku tutup balik belakangnya. Alhamdulillah setakat seminggu ni takde lagi nampak ada kabus kat kaca depan tu. Harap-harap takdek lah berlaku lagi

So pengajarannya jangan mandi air panas pakai jam tangan. Takpun jangan mandi pakai jam. settle.

Related Post: G shock 1250BD

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s