Pertengahan Ramadhan Mencari Keampunan Allah, Anak-anak bising mencari kawan

Alhamdullillah, sedar tak sedar, hari ni dah masuk hari ke 16 puasa. Bagaimana dengan urusan ibadah anda sekalian, bagaimana bacaan Al-Quraan anda? dah masuk juz berapa? Kalau hari ke 16 dah masuk juz ke 16 baguslah, kalau dah khatam lagi bagus, kalau baru nak masuk Al-Baqarah pun okay jugak. Cuma kena pulun habis lah.

Surau di tempat saya tu cukup selesa. Buat lapan rakaat. 4 rakaat awal, tengah ada tazkirah, lepas tu sambung lagi empat. Saya sempat buat empat jer. Lepas tu masa tengah tazkirah saya buat lagi 4 rakaat. Terus balik. Terpaksa balik awal sebab nak tengok anak kat rumah. Taknak bibik jaga lama sangat malam2 sebab siang dah jaga penuh.

Malam kelmarin pihak pengurusan masjid ada menegur anak-anak yang membuat bising di belakang. Masa solat Isyak okay lagi, bila masuk solat Tarawih dah macam taman permainan kanak-kanak. Isteri saya juga turut terasa di ruang muslimat. Ada anak-anak yang bermain jurujual McDonald semasa orang bersolat Tarawih.

Kalau diikut hati memang marah. Tapi bila difikir balik ada seronoknya jugak bila ada suara anak-anak di masjid. Saya sendiri tak kisah, Tapi ramai di kalangan orang yang datang terganggu dengan kebisingan anak-anak. Itu belum masuk lagi yang main mercun. Nak gugur jantung jemaah tiba-tiba ada mercun meletup. Saya rasa masalah ni bukan sahaja di tempat saya, semua tempat pun sama rasanya.

Masa saya kecik-kecik dulu sembahyang di Masjid sebelah Tasik Wangsa Maju. Ada seorang pakcik yang ditugaskan untuk menegur anak-anak yang bising, main tak tentu hala nih. Siap bawak rotan sekali. Bukan pukul pun, saja nak takut-takut. Tapi kami memang takut. Dan semuanya berdisiplin. Sembahyang di tempat yang dikhaskan untuk kanak-kanak di tingkat 2. Mungkin kita patut buat macam tu.

Apa pendapat anda?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s