Jam Tangan Casio G-Shock G-1250BD Review

Assalamualaikum, nak review sikit tentang jam tangan hadiah hari lahir dari isteri tercinta bulan 5 yang lepas. Ciri-ciri tentang jam ini boleh cari kat internet, cuma yang takde ada personal review tentang jam ini yang susah nak cari kat internet. KLIK SINI

Luaran – Reka bentuk luaran dia memang menarik. Kali pertama terpandang kat kedai jam dah tertarik hati untuk nak beli. Tali besi hitam berkilat. Badan half-half rasanya, atas besi, bahagian bawah macam plastik tapi plastik yang berkualiti. Kat kedai jam dalam RM900 lebih la jugak. Masa tu baru dapat bunus tapi ada perkara lain yang lebih mustahak untuk dibeli dan impian itu terus terkubur. Tak sangka, isteri yang ada sama masa kat kedai tu beli buat seprais hari jadi pulak. Mungkin selepas dah dapat hadiah telefon la tu. Ah tak kisah janji aku dah ada apa yang dihajat.

Dalaman – Antaramuka dia mudah dan senang pada mata. Tak berserabut. Ada jugak model yang lama sedikit, tapi yang tu nampak berserabut sikit. terlalu banyak “dial”. ada empat butang warna chrome di sisi. masing masing ada peranan yang lain. nak baca lebih bnyak kena la cari kat internet KLIK SINI. Ada satu penunjuk aras solar charge di sebelah kanan jam, C, L, M, H, C untuk charge la kot, L untuk Low, M untuk Medium, H untuk High, Setakat aku pakai selama beberapa bulan ni belum pernah lagi turun dari H. Almaklumlah cuaca panas dan lembap sepanjang tahun. Casio recommended untuk pakai sekali sekala kalau nak simpan dalam masa panjang untuk cas balik bateri dia. Jam ni ada world time, kita set masa di tempat ini, aku set Singapore, sebab tu je waktu yang ada. lepas tu waktu-waktu lain dalam dunia ni (40 tempat) dia boleh kira sendiri. Dalam satu masa kita boleh tengok jam di tiga tempat berbeza. Aku set satu untuk Malaysia (of corse ler), satu untuk Jeddah, satu lagi untuk Delhi (hehe) ada sebab ni set untuk Delhi, lain kali aku cerita.

Ciri-ciri lain mcam biasa lah, ada Stopwatch, ada Track dan Alarm (5x campur Snooze). Jam ini tiada butang untuk pusing jarum jam. Jarum jam akan pusing secara automatik apabila kita adjust dia punya jam digital. Kalau senget disebabkan arus magnet, jarum jam boleh adjust bagi dia betul balik. senang jer, baca buku arahan.

Pro

  • Guna solar, tak payah nak tukar-tukar baterilah (harap-harapnye.)
  • Auto light, senget sikit pergelangan tangan, lampu dah menyala.
  • Boleh tukar waktu di dua tempat dengan senang. Alah, katakan kita nak travel ke India lah katakan, ehem, ehem, bila jururawat peramugari tu cakap “okay kita dah sampai india”. tekan satu butang je tetiba jarum jam bergerak sendiri ke waktu india, canggih.

Kon

  • Besar dan berat, tak sesuai untuk perempuan. tapi kalau orang pempuan nak pakai jugak tak salah pun.
  • LED yang tak berapa nampak tulisan bila bersinar. sebab dia kat luar bukan kat dalam. hah! Entahlah kenapa diorang letak kat luar. Tapi sinar dia terang gila. boleh buat lampu suluh sementara.

Akhir kata – Setelah beberapa bulan guna, aku memang sangat puas hati. Jam ini sangat2 dishorkan untuk peminat-peminat Jam G-Shock di luar sana yang mencari- cari jam tangan yang rugged dan menarik. Okay, ada apa-apa nak tanya boleh tanya kat bawah.

Update: Ada yang bertanya pada saya ape nak buat kalau tali jam Gshock anda rosak, yelah, kalau yang plastik tu memang senang rosak. Caranya mudah sahaja, pergi ke website ni, KLIK SINI, cari no telepon dia. lepas tu tanya model jam anda itu ada tak tali nyer, kalau nak ganti cover jam yang dah rosak pun boleh. Tanya la kat diorang. Nak pergi sana pun senang.

3 thoughts on “Jam Tangan Casio G-Shock G-1250BD Review

  1. Halo pak cik..asaya dr indonesia salam serumpun, saya kesulitan buat seting jam ini..krn utk menyesuaikan antara jam digital dan jarum jam ko susah ya..gimana caranya agar sama?

    • Salam, maaf lambat reply, agak sibuk dengan urusan. Setting untuk jam ini secara otomatik apabila kita setting jam. tekan “Adjust” beberapa saat. Kemudian ubah suai waktu terkini. Jarum jam akan berputar secara otomatik setelah dibuat ubahsuai. Sekian.

Leave a reply to Alonso Cancel reply